My profile:
As my nick just call Clise cos I'm driving a Kelisa :)
My Email:
rebung9@yahoo.com
Profession:
ICT Educationist
Location:
KL, Malaysia
Experience:
ICT Training esp. for students, school teachers and women.

Feel free to email for ICT guide online.
   

<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31

You can be the most resourceful mother of your children by helping them to explore the wide range of information through the Internet. Would you love to get your files and emails well-organised in the your computer? To know more, do contact me at rebung9@yahoo.com
With easy step-by step training, expert advice and inspirational ideas “Home B@sic” will help you to put your computer to the best use. Learning to use computer is more fun when approached using project-based. By learning our approach you ‘ll see why the programs work the way they do, and so you apply these skills to other tasks.

My Favourite Sites
NOOR FWZ online

For my 1 year old son-learning the fun way
Little people- Car Wash
Little people: Discovery
Little People: Animal Sounds
Little People: Recycle
Elmo's World
Sesame Music
Fisher Price Online Games
Learn ABC
Learn Colours & Shapes
Sparkling Symphony
Peek a Boo
Little People Sweet Sounds Home
Little People Animal Sounds Farm
Little People Discovery Airport
Little People Surprise Sounds Fun Park
Little People Ramps Around Garage
Little People Discovery Airport Game
Up to ten
Teletubbies: Windy Day
Teletubbies-Peek-A-Boo
Teletubbies: Sliding Hill
Teletubbies- Hide & Seek
Teletubbies-Little Bo Peep
Teletubbies-Shape Game
Teletubbies-More than one
Teletubbies-Fun & Games


Islamic Fun Way of Learning
I Look I see
Islam4kids
Raihan: Allahu
Arabic Alphabet: Play&Learn

Family Outing
Virtual Malaysia

Prevention is Better than Cure
Ask Doctor

Islam the Way of Life
Ummiku Sayang
Laman Web Al-Islam

Net Nanny
Safety Surf

Money Matter
Maybank2U

Media Online
RMKL
Utusan Malaysia
Bernama
New Straits Times
The Star

Interactive sites
KL Map
Maxis SMS

Go Search
Google
Yahoo
MSNmy

Emails
Hotmail
Yahoo Mail

Anti Virus
Virus Scan Online

Directory
Yellow Pages

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Wednesday, July 21, 2004
About Rebung

Kenali "Rebung" and kenapa "rebung" menjadi tema weblog saya..

Pokok buluh mempunyai pelbagai kegunaan mulai dari akar sehinggalah pada daunnya. Di Malaysia, kegunaan utama buluh adalah dari batang dan juga rebungnya.
Rebung
mempunyai kelebihan khasiat protein, kalsium dan magnesium berbanding dengan cendawan. Tambahan pula, tanaman ini mudah ditanam dan diperolehi di seluruh Malaysia.

JENIS REBUNG YANG TERDAPAT DI PERLIS

Nama saintifik: Gigantochloa ligulata

Nama tempatan: Buluh tumpat, buluh tikus, buluh belalai, buluh tilan

Asal/ taburan: Pada masa ini, buluh jenis ini terdapat meliar di dalam hutan di bahagian utara Semenanjung Malaysia iaitu di Perlis, Perak, Kedah, Pahang, Kelantan dan juga di selatan Thailand.

Keterangan:Rumpun buluh tumpat adalah rimbun dan rendang. Ianya tergolong di dalam jenis buluh berperepang kecil dan kebanyakannya didapati tumpat dan padu di bahagian tengah batangnya. Tinggi pokok ini ialah 7-10 m dan panjang ruas ialah 35 sm. Manakala perepangnya di antara 2.7-3.5 sm dan mempunyai ketebalan dinding 9-11 mm. Jumlah batang yang terdapat dalam satu rumpun ialah 30-40. Kadangkala, batangnya mempunyai jejalur hijau muda dan di bahagian atas ruas batang yang muda, mempunyai rambut cokelat gelap yang kasar dan rambut putih ynag halus. Beberapa dahan wujud dari buku bahagian batang yang tengah dan bukan dari buku bahagian batang di atas. Kelopak batang mempunyai rambut yang jarang di mana warnanya pekat cokelat. Buluh ini boleh dibiakkan melalui dahan, batang dan rizomnya.

Rebung: Pada kelopak batang rebung ini terdapat rambut cokelat pekat yang berkisar di tengah-tengahnya. Hujung rebung ini menirus (tapers). Walaupun ia kecil, rebung ini didapati manis dan dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang di utara Semenanjung Malaysia. Rebung ini merupakan rebung yang paling diminati di utara Semenanjung Malaysia.

Sumber: Pengenalan Rebung

Kenapa "rebung"?
Peribahasa rebung ini membawa maksud yang mendalam. Bak kata perpatah, kalau nak melentur buluh biarlah dari rebungnya yang membawa maksud dalam membesarkan anak-anak perlu diasuh dan dididik sejak dari kecil lagi sebaiknya dari dalam kandungan lagi atau dalam bahasa Inggerisnya "it’s better to bend the willow when it is young".

Teruskan bacaan anda mengenai perpatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya" dalam ruangan di bawah.


Posted at 06:06 pm by acerm
Comment (1)  

Thursday, July 22, 2004
Home B@sic Tech - untukmu Wanita

Kepada wanita-wanita yang ingin menerokai dunia ICT dengan lebih meluas serta melayari alam maya yang kian menarik, marilah berkongsi bersama saya.. ilmu ICT khusus untukmu wanita....

  • Dalam pembangunan teknologi maklumat yang serba canggih ini, pembelajaran komputer yang berasaskan projek mudah lebih merangsang para wanita. Projek-projek dalam program ini disesuaikan khas agar menjadi nyata, lebih praktikal demi kebaikan kaum wanita dan keluarga. Setiap projek itu dikendalikan dalam langkah-langkah yang jelas dan mudah diikuti. Latihan-latihan yang berasaskan projek terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu:-

1.     Operasi dan Pengurusan Program Komputer (Program Aplikasi “Desktop”).

2.     Internet – Kegunaannya (Emel, akses maklumat yang mementingkan pelajaran anak-anak).

3.     Projek-projek praktikal (Merekacipta pelbagai jenis bahan seperti koleksi resipi, senarai alamat, poster, kad ucapan, album keluarga, akaun rumah dan sebagainya).


-Program latihan kami lebih menekankan kepada aplikasi ICT yang lebih praktikal dan mudah digunakan oleh kaum wanita yang berperanan sebagai seorang isteri, ibu, surirumah, ahli institusi keluarga dan ahli komuniti atau masyarakat. (customised modules).

-Objektif kursus “Home B@sic” atau “ICT Di Rumah” disesuaikan khas untuk wanita-wanita Malaysia ini adalah:

·         Untuk meningkatkan kesedaran tentang peri pentingnya ICT dalam kehidupan kita seharian.

·         Untuk membentuk masyarakat elektronik melalui organisasi keluarga yang salah satu peranan nya sebagai guru dalam rumah kepada anak-anak kita.

·         Untuk merangsangkan perhubungan dan perkongsian maklumat antara organisasi komuniti berasaskan masyarakat ditujukan kepada atau dikendalikan oleh wanita.

Jika anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai program ini jangan tunggu lama-lama hubungilah saya pada emel saya.


We take a short break..
You can have the fun to share your favourite songs with your friends by posting it online.

Hey..I like this song by Hetty... so sing on.

Panti Asuhan Oleh Hetty Koes Endang

Bukanlah maksud hati ku hadir di situ
Tertulis panti asuhan depan rumahmu
Banyak saudaraku ada di situ
Semuanya berwajah sayu dan sendu
Mereka rindu kasihmu ayah dan ibu

Segelintirnya lahir di dunia
Ciptaan Tuhan yang Maha Kuasa
Mengapa harus menanggung derita jiwa
Kasihani kami semua

Ku ketuk hatimu tuan para budiman
Kami pun ingin bahagia
Beri kesempatan
Untuk menikmati kasih dan sayang
Rahmat Tuhan kepada umat manusia
Matahari 'kan tersenyum untuk dunia




Posted at 03:35 pm by acerm
Comment (1)  

Friday, July 23, 2004
Professional Training for Teachers

A professional development programme from the Rebung Corner which aims to provide every teacher with :

  • The skill to use ICT as a teaching tool in primary and all secondary subject.
  • Practical ideas and approaches to apply in their own teaching methods.
  • A personal route through the training to support individual needs and study patterns.
  • To share knowledge, ideas, and new skills.
  • A  whole-school management and support structure.
A common understanding of how, suitable time to use ICT in the classroom.


Our Approach:
  • Be direct to bigger number of teachers in schools.
  • Participating schools with ICT labs only.
  • Train number of teachers between  15-20 for each schools.

Subject focus:

  • Practical assignment curriculum with ICT intergrated.


Posted at 05:20 pm by acerm
Comment (1)  

Saturday, July 24, 2004
Resipi Segera di Hari Minggu

AYAM TEPPANYAKI

Bahan-Bahan:

3 keping dada ayam (isi sahaja)
(lain-lain bahagian pun boleh asalkan isi
sahaja)
200 gm taugeh
200 gm kobis - diracik
1 biji lobak merah - diracik
2 sudu makan kepingan bawang putih
˝ @ 1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu makan minyak bijan
3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Kicap cair secukup rasa

Cara Menyediakannya:

1. Ayam dipotong-potong sebesar ibu jari dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak dan masukkan kepingan bawang putih (diramas sedikit
hancur.)Setelah kekuningan (jangan sampai hangus) masukkan ayam.
3. Masukkan lada putih, minyak bijan, kicap cair dan biarkan ayam sedikit
garing.
4. Masukkan sayur-sayuran dan biarkan sedikit lecur.


Posted at 12:40 pm by acerm
Make a comment  

Wednesday, July 28, 2004
Rebung Homeschooling I

Looking for more educational fun-filled websites for your  children:

Preschoolers:
Riverdeep - Mywave 

You may to downloads from these sites:
Riverdeep-Free Downloads © Riverdeep Play Online © Riverdeep-Early learning

Primary School-going children:Interesting sites are here at:

Riverdeep EarthScience Center © Talking Walls: Just the facts 

Some PARENTING tips that I would to share
:

How To Encourage Your Child's Independence



 


Posted at 06:28 pm by acerm
Make a comment  

Thursday, July 29, 2004
Melentur buluh biarlah dari rebungnya- Ulasan

Petikan dari Teaching & Learning Bulletin UNIMAS mengenai "Lessons from the Willow" antaranya:

...the common interpretation of this proverb in our society is that educating children must start when they are still young. At a tender age, the young children are expected to abide to what is taught by their parents or teachers. This proverb captures the philosophy of educating in the informal and formal settings, in terms of promoting a set of attitudes and behaviors to the young.
In our culture, generally, our children are seen as the “bamboo”, which can be easily “shaped”. Thus, young children of our culture are taught about numerous collectivism characteristics, such as to respect the elders, to obey, to be patient, to “save face”, to conform the to norms, and so on many occasions, children are typically disallowed or discouraged to show disagreement or any form of confrontation. Instead, they are expected to abide to what is taught to them. What this means is, through this type of parenting and educating, both parents and teachers are responsible in determining the children’s goals. To the parents and teachers, they are responsible to instill as many sets of acceptable attitudes and behaviors as possible, whilst the children are still young. When they are adults, just like the nature of the "bamboo", it is a harder task to "bend" on these individuals. Nevertheless, some parents especially those who are highly educated, tend to be more flexible in the degree of instilling these acceptable attitudes and behaviours in their children.

Lagi artikel mengenai "Melentur buluh biarlah dari rebungnya"...

Menanam bibit -bibit agama di kalangan anak-anak sejak awal lagi antara perikannya:

Didiklah anak-anak untuk mentaati perintah Allah sejak dari kecil lagi.  Bagi anak-anak yang masih kecil, fitrah mereka asalnya bersih, iaitu mahu taat perintah Tuhan.  Oleh itu, tidak menjadi masalah besar untuk mereka diajar mematuhi perintah Tuhan.  Hanya ibu bapa yang perlu memastikan agar mereka dibiasakan dengan syariat Islam sejak kecil.  Apabila ia telah besar, tidak susahlah bagi pihak ibu bapa hendak menyuruh mereka melakukan solat dan menutup aurat kerana ianya sudah menjadi satu budaya hidup mereka.  Pepatah Melayu ada mengatakan Melentur Buluh Biarlah Dari Rebung.

Dalam memupuk minat membaca di kalangan anak-anak perlu bermula dari kecil.

Sepertimana yang sering kita dengar, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu jugalah kalau kita mahu memupuk minat membaca di kalangan anak-anak. Ia perlu bermula dari kecil. Ini kerana, semasa kecil, mereka lebih mudah dibentuk, dilentur, dipengaruhi dan dibiasakan dengan sesuatu aktiviti. Tambah pula, kita tahu anak-anak mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi. Dengan rasa ingin tahu inilah kita dapat memupuk minat membaca dengan lebih mudah.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak, petikan dari artikel IKIM oleh Siti Fatimah Abd Rahman.Banyak yang boleh dilakukan oleh ibubapa untuk memupuk minat membaca ini.

Pertama, ibubapa boleh memulakan usaha ini dengan membacakan untuk anak-anak mereka. Dikatakan bahawa kita boleh mula membacakan kepada anak-anak ketika mereka berusia enam bulan. Pada masa ini, apa yang dibaca tidak penting. Yang penting ialah anak-anak mendengar patah-patah perkataan tersebut dan dibiasakan dengan amalan membaca. Jadi, bacakan kepada mereka apa sahaja bahan bacaan. Ini tidak sukar. Anda hanya perlu membaca kuat-kuat bahan bacaan yang anda baca. Malah, dikatakan bahawa bayi-bayi yang dibacakan pada mereka, lebih cepat bercakap berbanding bayi yang tidak dibacakan. Ini disebabkan mereka biasa mendengar perkataan-perkataan tersebut dan menangkap maksudnya. Semakin anak anda membesar, bacakan buku-buku yang lebih sesuai dengan umurnya dan minatnya.

Kedua, untuk memupuk tabiat membaca di kalangan anak-anak, ibubapa juga perlu menunjukkan yang mereka juga minat membaca. Sebagaimana yang kita tahu, anak-anak lebih mudah meniru daripada melakukan apa yang kita suruh mereka lakukan. Jadi, ibubapa perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik dalam hal ini. Adalah amat sukar untuk menyemai minat membaca dalam persekitaran yang tidak suka membaca. Dalam kata-kata lain, ibubapa sukar menanam minat membaca di kalangan anak-anak sekiranya aktiviti utama dalam rumah itu ialah menonton televisyen. Jadi, pastikan anak-anak melihat anda lebih gemar membaca dari menonton televisyen misalnya. Barulah mereka boleh terikut-ikut dengan tabiat ini.

Ketiga, bila ibubapa ada minat membaca, maka bolehlah menyuruh anak-anak membaca. Ini kerana anak-anak tidak akan suka membaca jika ibubapa sekadar menyuruh sedangkan mereka sendiri tidak membaca. Sediakan bahan bacaan yang sesuai mengikut peringkat umur anak-anak. Pelbagaikan bahan bacaan ini termasuklah akhbar, majalah, ensiklopedia, buku cerita dan sebagainya. Bagi membolehkan anak-anak mengusai bahasa Inggeris, berikan juga bahan bacaan dalam bahasa ini. Sekiranya kedudukan kewangan keluarga anda terhad, dapatkan bahan bacaan dari kedai-kedai yang menyewakan bahan bacaan itu atau dari perpustakaan.

Keempat, kita boleh memupuk tabiat membaca di kalangan anak-anak dengan mengajak mereka berkongsi maklumat dari pembacaan mereka itu. Ini boleh dilakukan dengan bertanyakan tentang isi kandungan bahan yang dibaca. Jika buku itu merupakan satu buku cerita yang panjang, tanyakan mereka apa yang berlaku seterusnya terhadap watak-watak utama dalam cerita itu. Jika kita dapat menunjukkan bahawa kita benar-benar berminat, saya percaya, anak-anak akan menceritakan kisah seterusnya tanpa ditanya. Ini secara tidak langsung membuatkan mereka ingin terus membaca buku itu untuk dikongsikan maklumatnya dengan kita. Dengan cara ini juga, pengetahuan dan pengalaman ahli keluarga yang lain dapat diperkayakan.

Akhirnya, minat membaca juga dapat dipupuk dengan membantu anak-anak mencari jawapan kepada segala persoalan-persoalan yang mereka tanyakan. Kita tahu, anak-anak kecil ini suka bertanya. Ada soalan yang dapat kita jawab dan ada pula yang tidak dapat kita jawab. Jadi, apabila berhadapan dengan keadaan di mana kita tidak tahu jawapan terhadap soalan yang dikemukakan, akuilah. Kemudian, ajak anak itu mencari jawapannya bersama-sama, sama ada dengan mengunjungi perpustakaan dan mencarinya di dalam ensiklopedia atau mencarinya di dalam internet. Malah, kalau pun kita tahu jawapannya, kita masih boleh mengajak anak-anak mencari jawapan yang lebih terperinci lagi. Cara ini akan melatih anak-anak untuk menyelidik sesuatu maklumat dan ini akan memberi manfaat padanya untuk jangka panjang. Cara ini juga akan membaja rasa ingin tahu di kalangan mereka kerana mereka tahu setiap soalan akan diberi perhatian dan jawapannya.


Posted at 05:33 pm by acerm
Comment (1)