|
Pokok buluh mempunyai pelbagai kegunaan mulai dari akar sehinggalah pada daunnya. Di Malaysia, kegunaan utama buluh adalah dari batang dan juga rebungnya. Rebung mempunyai kelebihan khasiat protein, kalsium dan magnesium berbanding dengan cendawan. Tambahan pula, tanaman ini mudah ditanam dan diperolehi di seluruh JENIS REBUNG YANG TERDAPAT DI PERLIS Nama saintifik: Gigantochloa ligulata Nama tempatan: Buluh tumpat, buluh tikus, buluh belalai, buluh tilan Asal/ taburan: Pada masa ini, buluh jenis ini terdapat meliar di dalam hutan di bahagian utara Semenanjung Keterangan:Rumpun buluh tumpat adalah rimbun dan rendang. Ianya tergolong di dalam jenis buluh berperepang kecil dan kebanyakannya didapati tumpat dan padu di bahagian tengah batangnya. Tinggi pokok ini ialah 7-10 m dan panjang ruas ialah 35 sm. Manakala perepangnya di antara 2.7-3.5 sm dan mempunyai ketebalan dinding 9-11 mm. Jumlah batang yang terdapat dalam satu rumpun ialah 30-40. Kadangkala, batangnya mempunyai jejalur hijau muda dan di bahagian atas ruas batang yang muda, mempunyai rambut cokelat gelap yang kasar dan rambut putih ynag halus. Beberapa dahan wujud dari buku bahagian batang yang tengah dan bukan dari buku bahagian batang di atas. Kelopak batang mempunyai rambut yang jarang di mana warnanya pekat cokelat. Buluh ini boleh dibiakkan melalui dahan, batang dan rizomnya. Rebung: Pada kelopak batang rebung ini terdapat rambut cokelat pekat yang berkisar di tengah-tengahnya. Hujung rebung ini menirus (tapers). Walaupun ia kecil, rebung ini didapati manis dan dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang di utara Semenanjung Sumber: Pengenalan Rebung Kenapa "rebung"? Teruskan bacaan anda mengenai perpatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya" dalam ruangan di bawah. |
| kasturiputeh October 7, 2008 08:56 PM PDT saya berminat utk menanam buluh tumpat ini.. boleh saya tahu mana nak dapatkan anak / benih nya... ianya ditanam macam mana ya? ini email saya kasturiputeh@yahoo.com mohon d sampaikan kepad saya segera kalu ada maklumat... salam syawal | ||
| Leave a Comment: |